Utk arini aku telah decide,ops,memutuskan utk tulis blog dlm bahasa melayu. Bosan duh ckp omputih lama2. nnt org cakap lupa daratan. Haha. Nways,ish, walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan sudah pun di..di..ish,post dlm bahasa melayu ape ha? Lantakla..tlh pun di'post' di laman web UTP. Keputusan saya takdela memberangsangkan sgt tp yg penting saya lulus modern music !! (tu tak kire sbb name subjek mmg dlm bahasa inggeris). Haih..cuak jugak mula2 takut tak lulus kan. Kang tak psal2 kena extend. Dahla extend sbb alasan memalukan. Sib baik lepas. Dan spt sedia maklum saya masih lagi blum bekeje. Walaupun ramai rakan2 UTP saya yg sudah pun mula bekeje (terbaru skali aritha yg dpt keje dgn ocbc dan mengikut jejak langkah sasa menjadi banker). Zal masih chill sbb die baru lepas oper…pembedahan. Jes pun tak lama kut sbb die tgh tunggu result kuar. Maaf, keputusan peperiksaan kuar. Acai mencikcur kat kedah, apau mencikcur kat kl,gombak a.k.a paris. Irwan takyah keje sbb die mmg dah sedia kaya. Kak gina jd kauselor utk kak red. Mon jd cikgu sekolah menengah, pak din,ops,dhiauddin jd HR manager kat proton dan hadi ternak berudu kat rumah. Lain2 aku tak tau la cer ape.
Haih..aku rase cukup la utk kali ini. Panas sungguh cuaca sejak kebelakangan ni. Nak gerak2 pun rase malas. Bile la nak salji nak turun kat gombak ni...
Thursday, January 13, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment